How To Start Earn Money From Google Adsense.Complete Knowlege A-to-Z,You Can Start Earn $$$$/day..

 

Sebagai pengguna, adalah menjadi tanggungjawab dan hak anda untuk menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati atau pertikaian di dalam sebarang urusniaga perbankan anda. Sama ada aduan anda hanyalah salah faham atau kes yang lebih serius seperti melibatkan pengeluaran tanpa kebenaran daripada akaun anda atau penipuan kad kredit, anda dinasihatkan agar membuat aduan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.


Panduan-panduan berikut dapat membantu anda di dalam membuat aduan:
 
 
Buat aduan anda kepada unit aduan institusi perbankan anda, sama ada kepada pegawai institusi perbankan tersebut di kaunter bank atau melalui telefon. Catatkan nama pegawai yang mengambil aduan anda, masa dan tarikh panggilan dibuat.
Jika aduan anda masih tidak diselesaikan, susuli panggilan anda dengan surat rasmi kepada bank anda. Sertakan semua maklumat-maklumat yang penting dan pastikan aduan anda jelas dan ringkas.

Sekiranya masalah anda tidak dapat diselesaikan, pihak institusi perbankan akan menghantar “surat kebuntuan” kepada anda. Surat ini dengan ringkasnya menyatakan keputusan pihak institusi perbankan serta sebab keputusan itu dicapai. Jika anda masih tidak berpuas hati, anda boleh menghantar aduan anda kepada Biro Pengantaraan Kewangan jika aduan anda berada di dalam skop biro tersebut. Jika tidak, anda bolehlah menghantar aduan anda kepada Unit Pengurusan Aduan Bank Negara Malaysia


Jika aduan anda masih tidak dapat diselesaikan, anda bolehlah mendapatkan khidmat peguam dan membawa kes anda ke mahkamah.


0 comments:

communities

Followers

Admin

BannerFans.com

JV Traffic

pic minggu ini





share idea