1-Buat perbandingan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Cari sekiranya terdapat pengecualian yuran tahunan dan yuran penyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahun pertama.
2-Jadikan pendahuluan wang tunai melalui kad kredit sebagai pilihan terakhir kerana faedah (caj kewangan) dan fi yang dikenakan adalah sangat tinggi.
3-Bayar sebelum tarikh akhir penyata anda untuk mengelak daripada membayar faedah dan caj bayaran lewat.
4-Cuba langsaikan semua baki belum jelas untuk mengelak daripada membayar faedah dan ketahui akibat membayar hanya jumlah minimum sepanjang masa.
5-Hadkan jumlah kad kredit yang dimiliki berdasarkan keperluan dan kemampuan membayar balik.
Post a Comment